Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan isometrik. Lukisan isometrik merupakan lukisan piktorial ataupun lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
Berdasarkan rajah 1.0 di atas, lukisan isometrik dilukis berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi tegak dan 2 paksi condong paksi A merupakan paksi tegak 90° dengan garisan mendatar. Manakala garisan B dan C ialah paksi condong 30° dari garisan mendatar.
Gambar rajah 2.0 di atas adalah unjuran ortografik untuk objek yang akan kita lukis ke dalam lukisan isometrik. Seperti biasa garisan kuning merupakan pandangan atas (pelan) , garisan hijau merupakan pandangan hadapan dan garisan merah merupakan pandangan sisi.
Gambar rajah 2.1 pula merupakan lukisan isomertik yang terhasil daripada unjuran ortografik dalam gambar rajah 2.0 di atas.
Rajah 3.0 di atas merupakan merupakan bentuk bulatan yang akan terhasil dalam lukisan isometrik sekiranya lukisan isometrik yang ingin kita lukis itu mempunyai bulatan. Apabila kita lihat dengan mata kasar, bulatan yang terhasil dalam lukisan isometrik bukanlah bentuk bulatan yang biasa, tetapi ia merupakan bentuk elips. Untuk memahami dengan labih lanjut lagi bagaimana lukisan elips ini terhasil, sila nonton video di bawah. Rajah 3.1 pula merupakan contoh lukisan isometrik yang mempunyai bulatan.
bgus ni utk final exam..
ReplyDelete