Sebelum kita mendalami lagi mengenai unjuran orthografik, apakah yang dimaksudkan dengan orthografik ? Ortho bermaksud bersudut tepat dan grafik bermaksud lukisan, oleh yang demikian orthografik bermaksud lukisan bersudut tepat.
Berdasarkan rajah 1.0 di atas, unjuran sudut ketiga ialah pandangan atas ataupun pelan berada di atas pandangan hadapan iaitu selari dengan dengan pandangan atas tersebut, manakala pandangan sisi pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Pandangan sudut ketiga ini dapat dijelaskan berdasarkan simbol dalam rajah 2.0 di atas.
Rajah 3.0 di atas merupakan bentuk segi empat yang berbentuk 3 dimensi.Kita akan membuat latihhan berdsasarkan bentuk ini.
Berdasarkan rajah 3.1 diatas, garisan yang berwarna kuning merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan atas ataupun pelan.
Berdasarkan rajah 3.2 diatas, garisan yang berwarna hijau merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan hadapan.
Berdasarkan rajah 3.3 diatas, garisan yang berwarna merah merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan atas ataupun sisi.
dan seterusnya, rajah 3.4 di atas merupakan hasil daripada pandangan dari pandangan atas ataupun pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Untuk memahami lebih lanjut lagi mengenai latihan ini sila tonton video di bawah ini.
No comments:
Post a Comment