Monday, 23 April 2012

LUKISAN OBLIK

Assalamualaikum. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan oblik. Lukisan oblik juga dikenalali sebagai lukisan serong. Lukisan ini digunakan sama tujuannya seperti lukisan isometrik iaitu untuk mempamerkan objek dalam bentuk tiga dimensi. Dalam lukisan oblik ini terdapat 3 sudut yang digunakan untuk melukis lukisan oblik ini iaitu :

a. 30°
b. 45°
c. 60°

Dalam lukisan ini juga ia dibahagikan kepada 3 kelas iaitu :

1. Kavalier ( skala penuh )
2. Kabinet ( 1/2 dari skala penuh )
3. Oblik Am ( 3/4 dari skala penuh )

Rajah 1.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 30°.

Rajah 2.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 45°.

Rajah 3.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 60°.


Perbezaan antara lukisan isometrik dan oblik  ialah, pada lukisan isometrik, sudut 30° digunakan pada kiri dan kanan, manakala lukisan oblik ini pula ialah hanya bahagian tepi sahaja menggunakan sudut, sama ada 30°, 45° dan 60°.

Rajah 4.0 adalah lukisan oblik jenis kavalier (skala penuh) ,Berdasarakn objek dalam rajah ini, panjang sisi objek ini ialah 5cm dan ini merupakan panjang asas yang akan kita gunakan dalam melukis oblik jenis kabinet sdan oblik am.


Rajah 5.0 ialah lukisan oblik jenis kabinet iaitu bermaksud panjang sisi adalah 1/2 dariapada panjang asal iaitu 5cm. Untuk mendapatkan panjang yang akan kita gunakan ialah darabkan 5cm dengan 1/2 dan jawapannya ialah 2.5 cm, oleh itu panjang yang akan kita gunakan untuk lukisan kabinet ini ialah 2.5cm.


Rajah 6.0 pula merupakn lukisan oblik jenis oblik am iaitu panjang sisinya ialah 3/4 daripada 5cm. Jawapan untuk 3/4 x 5cm ialah 3.75cm, oleh itu panjang yang akan kita gunakan pada panjang sisi ialah 3.75cm.






                                                                               

No comments:

Post a Comment