Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada adik-adik diluar sana.Blog ini dikhususkan kepada adik-adik yang ingin belajar mengenai lukisan kejuruteraan ataupun singkatannya LK.Sebelum itu mari kita berkenalan dengan abang-abang di atas yang hensem ni.Mereka ni merupakan pakar-pakar dalam lukisan kejuruteraan,jadi adik-adik tidak rugi kerana melawat blog ini kerana banyak ilmu yang akan adik-adik perolehi.Dari sebelah kiri ialah MOHAMAD FAIZUL, yang ditengah ialah MOHAMAD KHAIRUL NAZREEN , yang sebelah kanan ialah SYAMSUL BAHARI dan gambar yang paling besar ialah ASYRAF HELMI.
Tuesday, 24 April 2012
Monday, 23 April 2012
LUKISAN OBLIK
Assalamualaikum. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan oblik. Lukisan oblik juga dikenalali sebagai lukisan serong. Lukisan ini digunakan sama tujuannya seperti lukisan isometrik iaitu untuk mempamerkan objek dalam bentuk tiga dimensi. Dalam lukisan oblik ini terdapat 3 sudut yang digunakan untuk melukis lukisan oblik ini iaitu :
a. 30°
b. 45°
c. 60°
Dalam lukisan ini juga ia dibahagikan kepada 3 kelas iaitu :
1. Kavalier ( skala penuh )
2. Kabinet ( 1/2 dari skala penuh )
3. Oblik Am ( 3/4 dari skala penuh )
Rajah 1.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 30°.
Rajah 2.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 45°.
Rajah 3.0 diatas merupakan lukisan oblik pada 60°.
Perbezaan antara lukisan isometrik dan oblik ialah, pada lukisan isometrik, sudut 30° digunakan pada kiri dan kanan, manakala lukisan oblik ini pula ialah hanya bahagian tepi sahaja menggunakan sudut, sama ada 30°, 45° dan 60°.
Rajah 4.0 adalah lukisan oblik jenis kavalier (skala penuh) ,Berdasarakn objek dalam rajah ini, panjang sisi objek ini ialah 5cm dan ini merupakan panjang asas yang akan kita gunakan dalam melukis oblik jenis kabinet sdan oblik am.
Rajah 5.0 ialah lukisan oblik jenis kabinet iaitu bermaksud panjang sisi adalah 1/2 dariapada panjang asal iaitu 5cm. Untuk mendapatkan panjang yang akan kita gunakan ialah darabkan 5cm dengan 1/2 dan jawapannya ialah 2.5 cm, oleh itu panjang yang akan kita gunakan untuk lukisan kabinet ini ialah 2.5cm.
Rajah 6.0 pula merupakn lukisan oblik jenis oblik am iaitu panjang sisinya ialah 3/4 daripada 5cm. Jawapan untuk 3/4 x 5cm ialah 3.75cm, oleh itu panjang yang akan kita gunakan pada panjang sisi ialah 3.75cm.
LUKISAN ISOMETRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini kita akan mempelajari mengenai lukisan isometrik. Lukisan isometrik merupakan lukisan piktorial ataupun lukisan bergambar yang dapat memberi maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
Berdasarkan rajah 1.0 di atas, lukisan isometrik dilukis berpandukan tiga paksi asas iaitu paksi tegak dan 2 paksi condong paksi A merupakan paksi tegak 90° dengan garisan mendatar. Manakala garisan B dan C ialah paksi condong 30° dari garisan mendatar.
Gambar rajah 2.0 di atas adalah unjuran ortografik untuk objek yang akan kita lukis ke dalam lukisan isometrik. Seperti biasa garisan kuning merupakan pandangan atas (pelan) , garisan hijau merupakan pandangan hadapan dan garisan merah merupakan pandangan sisi.
Gambar rajah 2.1 pula merupakan lukisan isomertik yang terhasil daripada unjuran ortografik dalam gambar rajah 2.0 di atas.
Rajah 3.0 di atas merupakan merupakan bentuk bulatan yang akan terhasil dalam lukisan isometrik sekiranya lukisan isometrik yang ingin kita lukis itu mempunyai bulatan. Apabila kita lihat dengan mata kasar, bulatan yang terhasil dalam lukisan isometrik bukanlah bentuk bulatan yang biasa, tetapi ia merupakan bentuk elips. Untuk memahami dengan labih lanjut lagi bagaimana lukisan elips ini terhasil, sila nonton video di bawah. Rajah 3.1 pula merupakan contoh lukisan isometrik yang mempunyai bulatan.
Monday, 2 April 2012
ORTOGRAFIK ( PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA)
Sebelum kita mendalami lagi mengenai unjuran orthografik, apakah yang dimaksudkan dengan orthografik ? Ortho bermaksud bersudut tepat dan grafik bermaksud lukisan, oleh yang demikian orthografik bermaksud lukisan bersudut tepat.
Berdasarkan rajah 1.0 di atas, unjuran sudut ketiga ialah pandangan atas ataupun pelan berada di atas pandangan hadapan iaitu selari dengan dengan pandangan atas tersebut, manakala pandangan sisi pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Pandangan sudut ketiga ini dapat dijelaskan berdasarkan simbol dalam rajah 2.0 di atas.
Rajah 3.0 di atas merupakan bentuk segi empat yang berbentuk 3 dimensi.Kita akan membuat latihhan berdsasarkan bentuk ini.
Berdasarkan rajah 3.1 diatas, garisan yang berwarna kuning merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan atas ataupun pelan.
Berdasarkan rajah 3.2 diatas, garisan yang berwarna hijau merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan hadapan.
Berdasarkan rajah 3.3 diatas, garisan yang berwarna merah merupakan garisan yang akan lihat dari pandangan atas ataupun sisi.
dan seterusnya, rajah 3.4 di atas merupakan hasil daripada pandangan dari pandangan atas ataupun pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Untuk memahami lebih lanjut lagi mengenai latihan ini sila tonton video di bawah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)